|
GUNUNG
MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU NERAKA
Pada
suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib ra telah pergi
bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu
Uqa'il telah melihat tiga perkara yang luar biasa. Hatinya bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab
tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahwa
Rasulullah S.A.W akan berhajat yakni mebuang air
besar dan dihadapan beliau terdapat beberapa batang pohon.
Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai
Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan
katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah
berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi
aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya
baginda akan mengambil air wuduk dan buang air
besar."
Uqa'il
pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan
sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon
tersebut sudah mengelilingi di
sekitar baginda S.A.W hingga beliau selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il
kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah,
bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke
mana pun, Uqa'il tidak jua menemukan air. Maka baginda S.A.W
berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il,
dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya
serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku
minum!"
Uqa'il
lalu pergi mendaki gunung itu dan berkata kepadanya
sebagaimana yang telah disabdakan baginda SAW. Maka
sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan
fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahwa sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu
beserta keluargamu dari (siksa) api neraka yang bahan
bakarnya terdiri dari manusia dan batu)." "Aku menangis
diakrenakan takut kalau-kalau saja aku yang menjadi batu itu maka tidak ada
lagi air padaku."
Peristiwa
yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan
dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan
lari ke hadapan Rasulullah, maka unta itu lalu berkata,
"Ya Rasulullah, aku minta perlindungan
darimu." Disaat unta tersebut masih mengadukan
perkaranya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab
badui dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang
Arab badui dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Apa
yang hendak kau lakukan terhadap unta itu ?"
Jawab
orang badui itu, "Wahai Rasulullah, aku telah
membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak
mau taat dan tidak mau jinak, maka akan kupotong saja
dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada
orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W
bertanya kepada unta, "Mengapa engkau mendurhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai
Rasulullah, sungguh aku tidak mendurhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku mendurhakainya dikarenakan perbuatannya yang buruk, dia
termasuk di dalam kabilah yang selalu tidur sebelum
mengerjakan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mau berjanji kepada
engkau akan mengerjakan solat Isya' itu, maka aku
berjanji tidak akan mendurhakainya lagi. Sebab aku takut
kalau Allah menurunkan siksa-Nya kepada mereka sedangkan
aku berada di antara mereka."
Akhirnya
Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab
badui itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat
Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan
kembali unta
itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
|