|
DEMI MATI SYAHID
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil
kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke
gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara
Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah.
Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu
mengejutkan. Kaum Muslimin
sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela
agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah
berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan
keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga
wanita dan anak-anak."
"Wahai
ayahku, demi Allah, janganlah berbuat seperti itu, karena
keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada
keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal
di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah
engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan
berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak
mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah
mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk
berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu
yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat
aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan
Rasulullah."
Maka
Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada
antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau
maupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi
Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku
akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela
kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga
terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa
Saad-lah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun
ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat
menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak
mengizinkannya. Khaitsamah
berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku
ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya, aku
harus mengadakan undian dengan anakku, tetapi itu
dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid.
Kemarin aku bermimpi, dalam mimpi itu anakku berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah". Wahai
Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di
syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa
dengan Tuhanku."
Setelah
diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati
syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
|